Saturday 18 April 2015

Pernahkah anda terfikir apa yang akan terjadi kepada isteri dan anak-anak anda sekiranya anda meninggal dunia?


Mungkin sekarang anda sibuk bekerja dan tidak berkesempatan untuk memikirkan tentang perkara ini kerana bekerja kuat untuk menanggung keluarga.


Allah menjadikan kaum lelaki sebagai pembela untuk menjaga dan melindungi isteri dan anak-anaknya.

Surah Al-Baqarah ayat 240.

Terjemahan surah Al-Baqarah ayat 240.

Bayangkan selama ini anda yang menanggung makan minum, tanggung kos perubatan mereka, tanggung kos pendidikan anak-anak, bayar loan rumah tiap-tiap bulan, bayar loan kereta, bagi duit setiap bulan untuk kedua ibubapa dan banyak lagi tanggungjawab anda…

Sumber pendapatan keluarga anda lenyap sekelip mata sahaja bila anda meninggal dunia. Sebab itulah Allah memberi kita mata dan akal supaya membaca ayat-ayat Al-quran seperti surah Al-Baqarah Ayat 240 diatas agar kita berfikir dan bertindak sebelum perkara tidak diingini berlaku.

Sudahkah anda menyiapkan simpanan Nafkah sebanyak setahun seperti yang Allah nyatakan dalam surah Al-Baqarah diatas?

Katakan kalau Gaji anda Rm1500 sebulan maka sekarang anda sudah kena ada simpanan sebanyak Rm1500 x 12 bulan, iaitu sebanyak Rm18,000 (RM Lapan belas ribu). Jumlah ini cukup untuk tanggung isteri dan anak-anak anda selama setahun.

Sekiranya gaji anda Rm3000 sebulan, maka anda sepatutnya anda sudah menyediakan simpanan sebanyak Rm36,000 untuk tabung nafkah selama setahun

Sekarang anda masih dikurniakan rezeki dan bergaji RM3000 sebulan oleh Allah.

Sekiranya anda meninggal dunia maka beginilah yang akan dihadapi oleh isteri dan anak-anak anda kelak, sekiranya anda tidak membuat simpanan nafkah selama setahun. Pelajari dari surah Al-Baqarah ayat 240 diatas.
.
Katakan gaji anda Rm5000 sebulan, simpanan kecemasan anda adalah sebanyak Rm60,000. Jadi anda sebagai ketua keluarga cuba kira sendiri berapa gaji anda dan berapa sepatutnya anda kena simpan untuk Nafkah selama setahun untuk isteri dan anak-anak anda… Fikir dan bertindaklah sekarang sebelum perkara tidak diingini berlaku kepada mereka.

Saya bagi satu contoh kisah benar yang pernah keluar dalam media cetak Negara Kita yang tercinta iaitu kes ibu tunggal ditawarkan bantuan Gereja setelah kematian suami. Akibat kesempitan hidup dan tidak ada tempat bergantung maka kejadian seumpama ini berlaku. Bertindaklah sekarang dan mula menyimpan untuk mereka jangan sampai jadi begini.

Kisah ibu tunggal yang ditawarkan bantuan Gereja kerana tiada tempat bergantung kerana suami meninggal dunia.

Sekarang banyak kita dengar kes-kes ibu tunggal ditawarkan bantuan dari Gereja-gereja kerana tiada tempat mengadu dan bergantung. Nak minta bantuan lain lambat dan banyak halangan sehingga nak bayar rumah pun tak de!!! Akhirnya mereka merempak... Nak minta tolong sedara mara pun dia orang pun cukup-cukup makan jeee… kawan-kawan pun sama juga… hanya mampu tanggung family mereka jeee… bagi bantuan RM20 or RM50 boleh laaa… tu pun masa kita dah jadi arwah… bukan setiap bulan… yelah..kan setiap keluarga ada komitment masing-masing...

Akhirnya pihak gereja tawarkan bantuan. Dalam kes dalam keratan akhbar diatas. Siapa yang patut dipersalahkan. Apabila pihak berkuasa agama mengetahui ibu tunggal ini ke gereja, dia ditangkap untuk kali pertama dan beritanya disiarkan dalam akhbar. Menurutnya, sebaik sahaja ditangkap dan beritanya tersiar di media barulah pejabat zakat tergesa-gesa datang ke rumahnya.

Jangan biarkan perkara ini berulang dan berlaku keatas keluarga anda. Itulah mukjizat Al-Quran dinyatakan dalam surah Al-Baqarah ayat 240 tentang ini supaya kita membaca, berfikir dan bertindak agar menyediakan nafkah untuk setahun sebelum meninggal dunia.

Siapakah yang anda boleh diharapkan untuk menyediakan simpanan ini. Kalau anda dah ada simpanan ini Alhamdulillah… anda sudah berjaya memenuhi tuntutan apa yang diajar oleh Allah  S.W.T dalam surah Baqarah.

Siapakah yang anda harapkan untuk membantu isteri dan anak-anak anda bila anda sudah tiada lagi?

Kalau anda belum ada simpanan ini, bila anda akan mula menyimpan? sekarang atau bila? Atau anda sudah ada seseorang yang akan membantu isteri dan anak-ank anda sekiranya anda sudah tiada lagi. Mampukah seseorang itu memberi Nafkah selama setahun untuk isteri dan anak-anak anda? Bolehkah anda berikan nama seseorang itu kepada saya?

Kalau ada Alhamdulillah masih ada orang hebat seperti ini di dunia moden. Susah nak jumpa orang macam ni sekarang. Tetapi kalau anda belum ada lagi simpanan dan seseorang yang boleh membantu keluarga anda, saya boleh membantu anda mencari siapakah yang boleh membantu menyediakan nafkah selama setahun untuk keluarga anda sekiranya anda meninggal dunia.

Siapakah yang saya dimaksudkan itu adalah AIA Takaful. Kenapa AIA Takaful akan tolong bagi Nafkah kepada isteri dan anak-anak anda selama setahun? Pelikkan…Biar betul..!!! Family terdekat pun belum boleh tolong bagi Nafkah sampai setahun dan banyak macam nie? Betul ke?

Memang betul AIA Takaful akan membantu anda tetapi anda juga perlu berusaha sebaik mungkin untuk mewujudkan Nafkah selama setahun ini atau “Tabung Kecemasan setahun”.

Caranya mudah sahaja. Saya boleh menolong anda menyediakan Nafkah setahun untuk keluarga anda dengan AIA Takaful serta merta. Dengan syarat Anda perlu mula menyimpan di AIA Takaful. Saya bagi contoh yang mudah sekiranya anda bergaji Rm3000 sebulan. Anda perlu menyimpan sekurangnya Rm150 sebulan dengan AIA Takaful. Automatik anda akan menjadi ahli Takaful yang akan dilindungi sebanyak Rm50,000 jika anda meninggal dunia atau lumpuh 100% tak boleh kerja langsung.

Sudahkah anda menyediakan nafkah selama setahun untuk isteri dan anak-anak anda?

Katakan anda mula menyimpan Rm150 hari ini dengan AIA Takaful sekiranya anda meninggal dunia 5 bulan akan datang maka Isteri dan anak-anak anda akan diberi Nafkah sebanyak Rm50,000 cukup untuk setahun.

Bestkan… anda terus boleh melakukan suruhan Allah seperti yang dinyatakan dalam surah Al-Baqarah ayat 240 dengan baru menyimpan Rm150.

Walaupun selama ini anda tiada simpanan langsung untuk nafkah isteri dan anak-anak anda tetapi dengan sedikit ilmu yang saya sampaikan hari ini disetakan tindakan anda mula menyimpan Rm150 di AIA Takaful melalui perantaraan saya sebagai Life Planner. Alhamdulillah anda sudah berjaya menjalankan tanggungjawab anda sebagai ketua keluarga yang baik dan dalam masa yang sama berjaya mengikut suruhan Allah seperti yang dinyatakan dalam surah Al-Baqarah tadi.

Setiap manusia akan mati dan akan dipersoalkan tentang apakah yang telah dibuat semasa hidup didunia.

Apa yang perlu anda buat mudah sahaja iaitu cuma mula menyimpan Rm150 sebulan di AIA Takaful dan keluarga anda dilindungi. Tetapi jangan pula salah simpan Rm150 ini di Bank biasa atau mana-mana institusi kewangan sebarangan. Pihak Bank dan institusi kewangan ini tidak menyediakan pakej sebegini dalam pakej simpanan mereka, cuma operator Takaful yang dilantik oleh Bank Negara sahaja yang menyediakan pakej sebegini terutamanya AIA Takaful.

Satu lagi perkara paling penting adalah jangan lupa bagi tahu isteri atau anak sulung anda yang dah dewasa supaya memberi salinan fotostat sijil kematian dan lain-lain dokumen kepada saya untuk diproses semasa tuntutan nafkah nanti. Kebiasaannya kalau dokumen ini dah lengkap, biasanya seminggu Nafkah Selama Setahun ini dah diserahkan kepada waris. Jangan sembunyikan simpanan ini kepada keluarga agar mudah diuruskan dikemudian hari.

#Untuk pengetahuan anda disini saya ceritakan serba sedikit tentang Takaful dan kelebihannya.

Apakah itu takaful?

TAKAFUL adalah satu jaminan yang berasal dari perkataan Arab 'Al-Kafala’ (Jamin) iaitu bermaksud 'Saling Jamin Menjamin'. Dari segi tafsiran syarak ia adalah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin menjamin dan bantu membantu antara satu sama lain ketika para peserta kumpulan tersebut ditimpa sesuatu musibah.

Takaful juga berasaskan prinsip-prinsip berkongsi tanggungjawab, bekerjasama dan saling membantu untuk menjana kepentingan bersama. Setiap peserta menyumbang berasaskan tabarru' (derma) kepada dana yang akan digunakan untuk membantu satu sama lain pada masa yang diperlukan.

Sekiranya tuan-tuan dan puan-puan berminat dengan pakej ini sila hubungi saya seperti maklumat dibawah ini:

Sekian Terima Kasih.

Yang Ikhlas, 
Mohd Kamarul Ariffin
Life Planner 
AIA Public Takaful

Hp: 011 – 2625 2911 (Call/SMS/Whatsapp)
Atau Handphone-2: 019 – 2772 899 (Call & SMS sahaja)



**Disclaimer**

Disclaimer.

Saya adalah Perancang Kewangan untuk Takaful. Segala pandangan di sini adalah pandangan peribadi saya semata-mata dan tiada kena mengena dengan mana-mana syarikat atau individu. Tujuan saya menulis blog ini adalah untuk berkongsi pengetahuan. Segala penulisan saya adalah hakcipta saya kecuali untuk nama yang dinyatakan. Tidak dibenarkan copy sebahagian atau keseluruhan kecuali atas kebenaran saya.

Thursday 9 April 2015

Bagaimana anda boleh menyediakan tabung perubatan sebanyak RM600,000.00 setahun untuk kegunaan anda sekeluarga dengan hanya bayaran minimum RM55.20** sebulan untuk seorang ahli keluarga?

Cuba anda fahami dan hayati kisah 3 sahabat karib yang berkawan baik sejak kecil tetapi mempunyai kisah hidup yang berbeza kerana perancangan hidup mereka sangat berbeza cuma disebabkan perbezaan membuat keputusan merancang RM55.20 sebulan untuk setiap ahli keluarga.

Asrol, lsmail dan Shahrol mula berkawan sejak berumur 7 tahun kerana mereka ditempatkan dalam satu sekolah yang sama. Mereka belajar, bermain dan berlatih taekwando bersama-sama. Sekolah menengah pun bersama-sama sehinggalah masuk Universiti mereka terpisah. Seorang masuk Universiti buat Arkitek, seorang masuk Unversiti ambik bidang IT dan seorang lagi lepas SPM terus kerja tolong ayanhnya berniaga pasar malam. 

Setelah 10 tahun bekerja Asrol menjadi Senior Arkitek, Ismail Senior Executive IT dan Shahrol menjadi Businessman yang berjaya. Sekarang Asrol sudah bergaji Rm9,000.00 sebulan, Ismail bergaji Rm6,000.00 sebulan manakala purata pendapatan Shahrol sebulan sekitar Rm7.600.00 sebulan.

4 bulan yang lepas Selangor diserang Denggi yang serius. Asrol dan anak lelaki sulungnya disahkan positif Denggi. Ismail pula 3 orang puterinya diserang denggi manakala Shahrol, Isteri dan 4 orang anaknya disahkan positif Denggi. Shahrol 1 FAMILI masuk hospital Swasta.. Combo..Denggi...

Kes kematian akibat Denggi semakin meningkat.

Mereka semua masuk hospital swasta kerana kebanyakkan hospital kerajaan pada masa tu katil telah penuh sampai ada yang kena duduk tepi corridor hospital walaupun sakit. Nasib baik mereka agak berduit boleh lah masuk hospital swasta.

Hospital Kerajaan Penuh. Ada Hospital Kerajaan tidak cukup katil untuk pesakit.

Walaubagaimana pun, kisah mereka berbeza. Kadar kos perubatan hospital swasta untuk rawatan denggi berdarah adalah sekitar RM10,000.00 seorang. Asrol dan anaknya dikenakan bill perubatan sehingga RM20,000.00. Sebab seorang dah RM10,000.00 jadi 2 orang kena denggi RM20,000.00.

Pening kepala Asrol nak bayar kos perubatan!!! Tu tak masuk sewa bilik hospital swasta sekarang paling murah RM150 sehari, kalau 2 minggu dah berapa? Tambah lagi RM2,100.00 untuk kos bilik hospital. Bila dah dikira semua jumlah bill hospital dah jadi RM22,100.00.

Simpanan dalam bank Asrol cuma sekitar RM13,000.00 sahaja. Tidak cukup untuk membayar kos perubatannya dan anak sulungnya berjumlah RM 22,100.00. Mana nak cari extra lagi RM9,100.00 nak bayar bil hospital swasta. Terpaksalah dia minta tolong Mak dan Ayah kalau ada duit. Kalau tak kena minta tolong adik-beradik atau saudara-mara terdekatlah atau kawan-kawan.

"Berhutang setengah tahun bayar kos perubatan."

Berbeza dengan Ismail, walaupun 3 orang puterinya diserang denggi dan kos perubatan sekitar RM10Ribu seorang, jadi kalau 3 orang masuk wad dah jadi RM 30,000.00. Tetapi Ismail masih lagi mampu tersenyum sedangkan simpanannya hanya sekitar Rm10,500.00. Sebab berbeza dengan Asrol, Ismail memiliki Medikal Kad AIA Takaful. Dia mengambil pakej Famili plan RM331.00 sebulan. 

Menurut perkiraan mudah Ismail hanya membayar RM55.20 sahaja sebulan untuk seorang ahli keluarganya. Beliau masih ada seorang lagi anak bongsu perempuan tetapi bernasib baik tak kena denggi. Jadi kalau dikira bermula dari Ismail dan isteri beserta 4 orang anaknya jumlah keseluruhan sebulan untuk Medikal Kad AIA Takaful adalah sekitar RM331.00 sebulan (iaitu RM55.20 x 6 orang = lebih kurang RM331.00 sebulan).

Dengan bayaran RM331.00 sebulan di AIA Takaful, Ismail mendapat bantuan dana perubatan dari AIA Takaful setahun sebanyak Rm100,000.00 seorang, jumlah ahli keluarganya 6 orang maka total semua kos perubatan keluarga Ismail setahun dah jadi Rm600,000.00. Wow!!! Jumlah RM600,000.00...bagi saya agak besar... kos perubatan sebanyak ini insyallah cukup untuk Ismail sekeluarga setahun. Pakej ini juga menyediakan Bilik Hospital yang bernilai Rm150.00 sehari.

Akhir sekali kita tengok pula keluarga Shahrol. Mereka satu keluarga masuk hospital swasta. 6 orang sekaligus masuk hospital tetapi mujur isterinya tidak serius. 5 hari masuk wad terus sihat Alhamdulillah. Tetapi Shahrol dan anak-anaknya agak serius. 10 hari masuk wad. Mereka agak lewat masuk hospital berbanding orang lain maka bilik hospital RM150 sudah habis. Yang tinggal Cuma bilik single RM250 sehari. 

Bilik Pesakit Hospital Swasta lebih selesa dan mesra keluarga.

Menangis la isteri Shahrol tengok bill ketika nak keluar hospital. Shahrol masih dikerusi roda. Dia masih kurang sihat tetapi anak-anaknya sudah okay. Jumlah keseluruhan bill perubatannya sekeluarga adalah sekitar Rm60,000.00 sebab 6 orang masuk wad. Manakala kos bilik hospital pula 10 hari x 5 orang x RM250 = RM12,500.00 CAMPUR bill bilik hospital isterinya 5 hari x 1 orang x Rm250 = RM1,250.00.

Jadi total kos perubatan + bilik hospital adalah RM73,750.00. Mampukah Shahrol bayar sebanyak tu dengan gaji Rm9,000.00 sebulan. Habis lah Shahrol. Nak sangat jadi Businessman sekarang tangguglah sendiri.

Isterinya menyerahkan bill hospital kepada Shahrol… Shahrol tengok dengan teliti bill tersebut… mukanya agak kemerahan.. Haa..haa.. haa… tiba-tiba dia ketawa yang dibuat-buat. Shahrol berkata kepada isterinya. Abang dah bayar bill nie RM583.00 sebulan sejak setahun dahulu dengan AIA Takaful.

Isterinya kebingungan bayar Rm583 setahun dahulu? Kalau setahun RM583 x 12 bulan = baru RM6,996.00. Isterinya berkata kepada Shahrol. “Bang… bill hospital kita anak beranak RM73,750.00 total semua bang”. Abang bayar setahun pun baru RM6,996.00. Mana cukup bang tak sampai RM10RIBU pun bang.

Adakah anda bebas dari penyakit-penyakit ini? Hargai kesihatan anda sekeluarga.

Shahrol masih tergelak tetapi matanya mula berair dengan linangan air mata terharu melihat isterinya agak sedih. Jangan risau sayang. Abang dah bayar RM73,750.00 tuuu… Percayalah…

Kemudian Shahrol mengajak isteri dan anak-anaknya ke CafĂ© Hospital. Maka dia pun mula bercerita tentang  Aia Takaful. Sebenarnya setahun yang lalu Shahrol, Ismail dan Asrol pernah berjumpa dengan Life Planner AIA Public Takaful iaitu wakil penasihat dari Aia Takaful. Wakil Takaful ini menerangkan kepada mereka tentang kebaikan dan kelebihan mengambil Medikal Kad AIA Takaful.

Menurut wakil takaful tersebut, Takaful merupakan keperluan pada masa kini bukan lagi kehendak. Ia juga memberi penjelasan tentang kepentingan Takaful kepada umat islam di Malaysia khususnya.

TAKAFUL adalah satu jaminan yang berasal dari perkataan Arab 'Al-Kafala’ (Jamin) iaitu bermaksud 'Saling Jamin Menjamin'. Dari segi tafsiran syarak ia adalah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin menjamin dan bantu membantu antara satu sama lain ketika para peserta kumpulan tersebut ditimpa sesuatu musibah.

Takaful juga berasaskan prinsip-prinsip berkongsi tanggungjawab, bekerjasama dan saling membantu untuk menjana kepentingan bersama. Setiap peserta menyumbang berasaskan tabarru' (derma) kepada dana yang akan digunakan untuk membantu satu sama lain pada masa yang diperlukan.

Al-Quran mengingat Umat Islam supaya beramal soleh, berpesan-pesan dan tolong-menolong dengan Sabar.

Perbincangan berlangsung selama 2 jam akhirnya Ismail bersetuju mengambil Polisi Medikal Kad AIA Takaful Famili Plan bernilai RM331 sebulan dan Shahrol mengambil plan yang sama tetapi dengan jumlah yang lebih tinggi iaitu RM583 sebulan. Sebab dengan nilai RM583 sebulan Shahrol sekeluarga akan mendapat dana perubatan RM150,000.00 setahun untuk seorang ahli keluarganya, kalau 6 orang sudah jadi RM900,000.00. Pakej untuk Bilik hospital pula dah jadi Rm250 sehari.

So… mula-mula masuk hospital dahulu Shahrol telah menunjukkan 6 keping Medikal Kad familinya kepada kaunter hospital swasta. Selepas di swap kad tersebut pada mesin swap maka mereka terus dibenarkan masuk wad dengan nilai bilik hospital RM250 sehari.

Yang rugi sekarang adalah Asrol kerana beliau tidak mengambil langsung Medikal Kad kerana beranggapan bahawa simpanannya sudah memadai untuk membiayai kos perubatannya sekeluarga. Malangnya simpanannya sebanyak RM13,000.00 tidak mengcukupi malah beliau kena berhutang pula sebanyak RM9,100.00 dengan Bank.

Kita diberi akal untuk berfikir dan bertindak supaya tidak terperangkap dalam kesulitan.

Beliau gagal meminjam dari keluarga terdekat sebanyak RM9,100.00. Ahli keluarganya hanya mampu memberi pinjaman sekitar RM3.000.00 sahaja. Jadi beliau terpaksa menggunakan kad kredit, pinjaman dari ahli keluarga dan duit simpanannya untuk membayar kos perubatan yang bernilai RM22,100.00 kerana dia dan anak sulungnya telah kena Denggi Berdarah.

Moral of the story: “Jangan meremeh-remehkan sesuatu perkara yang bernilai seperti Medikal Kad AIA Public Takaful kerana kesannya sangat besar dan akan banyak membantu tuan-tuan dan puan-puan apabila anda sangat-sangat memerlukannya bila tiba masanya. Semua orang akan sakit dan akan mati, maka buatlah persediaan secepat dan sebaik mungkin sebelum datangnya hari yang merugikan”

Sesunggunhnya Nabi Muhammad S.A.W pernah berpesan supaya mengambil manfaat tentang 5 parkara yang baik sebelum datangnya 5 perkara yang merugikan:

1. Masa Muda sebelum datangnya Masa Tua 

2. Masa Sihat sebelum datangnya Masa Sakit

3. Masa Lapang sebelum datangnya Masa Sibuk

4. Masa Kaya sebelum datangnya Masa Miskin

5. Masa Hidup sebelum datangnya Mati

Pesanan Nabi Muhammad S.A.W kepada Ummatnya supaya ambil manfaat sebelum datang 5 perkara yang merugikan. 

Oleh itu, masa kita muda, sihat, berduit dan tidak sibuk, maka bertindaklah dengan bijak. Fikir jauh kehadapan... adakah perlu aku mengambil perlindungan perubatan seperti Medikal Kad atau aku sudah memiliki duit simpanan yang terlalu banyak maka tak perlulah Medikal Kad macam kes Encik Asrol kita diatas…

Tepuk dada tanyalah kebijaksanaan anda. Siapakah yang lebih bijak? Encik Asrol ke? yang telah menggunakan duit simpanannnya untuk membayar kos perubatan!!! Atau Encik Ismail dan Encik Shahrol yang mengambil Polisi Medikal Kad Takaful yang terbaik dipasaran…

Gunakan kesempatan masa muda, sihat, lapang, kaya dan hidup untuk beribadah kepada Allah sebaik mungkin.

# Perhatian: “Bermula hari dari April 10, 2015 sehingga April 20, 2015 sesiapa yang mengambil polisi Medikal Kad Family Plan akan mendapat FREE Gift sehingga RM240 setahun.”

# Sila hubungi saya untuk maklumat lanjut.Promosi ini hanya sah mengikut tarikh, syarat dan terma yang telah ditetapkan diatas.

Sekian Terima Kasih.

Best Regards,
Kamarul Ariffin
Life Planner 
AIA Public Takaful

Hp: 011 – 2625 2911 (Call/SMS/Whatsapp)
Atau Hp-2: 019 – 2772 899 (Call & SMS sahaja)



**Disclaimer**

Disclaimer.

Saya adalah Perancang Kewangan untuk Takaful. Segala pandangan di sini adalah pandangan peribadi saya semata-mata dan tiada kena mengena dengan mana-mana syarikat atau individu. Tujuan saya menulis blog ini adalah untuk berkongsi pengetahuan. Segala penulisan saya adalah hakcipta saya kecuali untuk nama yang dinyatakan. Tidak dibenarkan copy sebahagian atau keseluruhan kecuali atas kebenaran saya.