Thursday 9 April 2015

Bagaimana anda boleh menyediakan tabung perubatan sebanyak RM600,000.00 setahun untuk kegunaan anda sekeluarga dengan hanya bayaran minimum RM55.20** sebulan untuk seorang ahli keluarga?

Cuba anda fahami dan hayati kisah 3 sahabat karib yang berkawan baik sejak kecil tetapi mempunyai kisah hidup yang berbeza kerana perancangan hidup mereka sangat berbeza cuma disebabkan perbezaan membuat keputusan merancang RM55.20 sebulan untuk setiap ahli keluarga.

Asrol, lsmail dan Shahrol mula berkawan sejak berumur 7 tahun kerana mereka ditempatkan dalam satu sekolah yang sama. Mereka belajar, bermain dan berlatih taekwando bersama-sama. Sekolah menengah pun bersama-sama sehinggalah masuk Universiti mereka terpisah. Seorang masuk Universiti buat Arkitek, seorang masuk Unversiti ambik bidang IT dan seorang lagi lepas SPM terus kerja tolong ayanhnya berniaga pasar malam. 

Setelah 10 tahun bekerja Asrol menjadi Senior Arkitek, Ismail Senior Executive IT dan Shahrol menjadi Businessman yang berjaya. Sekarang Asrol sudah bergaji Rm9,000.00 sebulan, Ismail bergaji Rm6,000.00 sebulan manakala purata pendapatan Shahrol sebulan sekitar Rm7.600.00 sebulan.

4 bulan yang lepas Selangor diserang Denggi yang serius. Asrol dan anak lelaki sulungnya disahkan positif Denggi. Ismail pula 3 orang puterinya diserang denggi manakala Shahrol, Isteri dan 4 orang anaknya disahkan positif Denggi. Shahrol 1 FAMILI masuk hospital Swasta.. Combo..Denggi...

Kes kematian akibat Denggi semakin meningkat.

Mereka semua masuk hospital swasta kerana kebanyakkan hospital kerajaan pada masa tu katil telah penuh sampai ada yang kena duduk tepi corridor hospital walaupun sakit. Nasib baik mereka agak berduit boleh lah masuk hospital swasta.

Hospital Kerajaan Penuh. Ada Hospital Kerajaan tidak cukup katil untuk pesakit.

Walaubagaimana pun, kisah mereka berbeza. Kadar kos perubatan hospital swasta untuk rawatan denggi berdarah adalah sekitar RM10,000.00 seorang. Asrol dan anaknya dikenakan bill perubatan sehingga RM20,000.00. Sebab seorang dah RM10,000.00 jadi 2 orang kena denggi RM20,000.00.

Pening kepala Asrol nak bayar kos perubatan!!! Tu tak masuk sewa bilik hospital swasta sekarang paling murah RM150 sehari, kalau 2 minggu dah berapa? Tambah lagi RM2,100.00 untuk kos bilik hospital. Bila dah dikira semua jumlah bill hospital dah jadi RM22,100.00.

Simpanan dalam bank Asrol cuma sekitar RM13,000.00 sahaja. Tidak cukup untuk membayar kos perubatannya dan anak sulungnya berjumlah RM 22,100.00. Mana nak cari extra lagi RM9,100.00 nak bayar bil hospital swasta. Terpaksalah dia minta tolong Mak dan Ayah kalau ada duit. Kalau tak kena minta tolong adik-beradik atau saudara-mara terdekatlah atau kawan-kawan.

"Berhutang setengah tahun bayar kos perubatan."

Berbeza dengan Ismail, walaupun 3 orang puterinya diserang denggi dan kos perubatan sekitar RM10Ribu seorang, jadi kalau 3 orang masuk wad dah jadi RM 30,000.00. Tetapi Ismail masih lagi mampu tersenyum sedangkan simpanannya hanya sekitar Rm10,500.00. Sebab berbeza dengan Asrol, Ismail memiliki Medikal Kad AIA Takaful. Dia mengambil pakej Famili plan RM331.00 sebulan. 

Menurut perkiraan mudah Ismail hanya membayar RM55.20 sahaja sebulan untuk seorang ahli keluarganya. Beliau masih ada seorang lagi anak bongsu perempuan tetapi bernasib baik tak kena denggi. Jadi kalau dikira bermula dari Ismail dan isteri beserta 4 orang anaknya jumlah keseluruhan sebulan untuk Medikal Kad AIA Takaful adalah sekitar RM331.00 sebulan (iaitu RM55.20 x 6 orang = lebih kurang RM331.00 sebulan).

Dengan bayaran RM331.00 sebulan di AIA Takaful, Ismail mendapat bantuan dana perubatan dari AIA Takaful setahun sebanyak Rm100,000.00 seorang, jumlah ahli keluarganya 6 orang maka total semua kos perubatan keluarga Ismail setahun dah jadi Rm600,000.00. Wow!!! Jumlah RM600,000.00...bagi saya agak besar... kos perubatan sebanyak ini insyallah cukup untuk Ismail sekeluarga setahun. Pakej ini juga menyediakan Bilik Hospital yang bernilai Rm150.00 sehari.

Akhir sekali kita tengok pula keluarga Shahrol. Mereka satu keluarga masuk hospital swasta. 6 orang sekaligus masuk hospital tetapi mujur isterinya tidak serius. 5 hari masuk wad terus sihat Alhamdulillah. Tetapi Shahrol dan anak-anaknya agak serius. 10 hari masuk wad. Mereka agak lewat masuk hospital berbanding orang lain maka bilik hospital RM150 sudah habis. Yang tinggal Cuma bilik single RM250 sehari. 

Bilik Pesakit Hospital Swasta lebih selesa dan mesra keluarga.

Menangis la isteri Shahrol tengok bill ketika nak keluar hospital. Shahrol masih dikerusi roda. Dia masih kurang sihat tetapi anak-anaknya sudah okay. Jumlah keseluruhan bill perubatannya sekeluarga adalah sekitar Rm60,000.00 sebab 6 orang masuk wad. Manakala kos bilik hospital pula 10 hari x 5 orang x RM250 = RM12,500.00 CAMPUR bill bilik hospital isterinya 5 hari x 1 orang x Rm250 = RM1,250.00.

Jadi total kos perubatan + bilik hospital adalah RM73,750.00. Mampukah Shahrol bayar sebanyak tu dengan gaji Rm9,000.00 sebulan. Habis lah Shahrol. Nak sangat jadi Businessman sekarang tangguglah sendiri.

Isterinya menyerahkan bill hospital kepada Shahrol… Shahrol tengok dengan teliti bill tersebut… mukanya agak kemerahan.. Haa..haa.. haa… tiba-tiba dia ketawa yang dibuat-buat. Shahrol berkata kepada isterinya. Abang dah bayar bill nie RM583.00 sebulan sejak setahun dahulu dengan AIA Takaful.

Isterinya kebingungan bayar Rm583 setahun dahulu? Kalau setahun RM583 x 12 bulan = baru RM6,996.00. Isterinya berkata kepada Shahrol. “Bang… bill hospital kita anak beranak RM73,750.00 total semua bang”. Abang bayar setahun pun baru RM6,996.00. Mana cukup bang tak sampai RM10RIBU pun bang.

Adakah anda bebas dari penyakit-penyakit ini? Hargai kesihatan anda sekeluarga.

Shahrol masih tergelak tetapi matanya mula berair dengan linangan air mata terharu melihat isterinya agak sedih. Jangan risau sayang. Abang dah bayar RM73,750.00 tuuu… Percayalah…

Kemudian Shahrol mengajak isteri dan anak-anaknya ke CafĂ© Hospital. Maka dia pun mula bercerita tentang  Aia Takaful. Sebenarnya setahun yang lalu Shahrol, Ismail dan Asrol pernah berjumpa dengan Life Planner AIA Public Takaful iaitu wakil penasihat dari Aia Takaful. Wakil Takaful ini menerangkan kepada mereka tentang kebaikan dan kelebihan mengambil Medikal Kad AIA Takaful.

Menurut wakil takaful tersebut, Takaful merupakan keperluan pada masa kini bukan lagi kehendak. Ia juga memberi penjelasan tentang kepentingan Takaful kepada umat islam di Malaysia khususnya.

TAKAFUL adalah satu jaminan yang berasal dari perkataan Arab 'Al-Kafala’ (Jamin) iaitu bermaksud 'Saling Jamin Menjamin'. Dari segi tafsiran syarak ia adalah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin menjamin dan bantu membantu antara satu sama lain ketika para peserta kumpulan tersebut ditimpa sesuatu musibah.

Takaful juga berasaskan prinsip-prinsip berkongsi tanggungjawab, bekerjasama dan saling membantu untuk menjana kepentingan bersama. Setiap peserta menyumbang berasaskan tabarru' (derma) kepada dana yang akan digunakan untuk membantu satu sama lain pada masa yang diperlukan.

Al-Quran mengingat Umat Islam supaya beramal soleh, berpesan-pesan dan tolong-menolong dengan Sabar.

Perbincangan berlangsung selama 2 jam akhirnya Ismail bersetuju mengambil Polisi Medikal Kad AIA Takaful Famili Plan bernilai RM331 sebulan dan Shahrol mengambil plan yang sama tetapi dengan jumlah yang lebih tinggi iaitu RM583 sebulan. Sebab dengan nilai RM583 sebulan Shahrol sekeluarga akan mendapat dana perubatan RM150,000.00 setahun untuk seorang ahli keluarganya, kalau 6 orang sudah jadi RM900,000.00. Pakej untuk Bilik hospital pula dah jadi Rm250 sehari.

So… mula-mula masuk hospital dahulu Shahrol telah menunjukkan 6 keping Medikal Kad familinya kepada kaunter hospital swasta. Selepas di swap kad tersebut pada mesin swap maka mereka terus dibenarkan masuk wad dengan nilai bilik hospital RM250 sehari.

Yang rugi sekarang adalah Asrol kerana beliau tidak mengambil langsung Medikal Kad kerana beranggapan bahawa simpanannya sudah memadai untuk membiayai kos perubatannya sekeluarga. Malangnya simpanannya sebanyak RM13,000.00 tidak mengcukupi malah beliau kena berhutang pula sebanyak RM9,100.00 dengan Bank.

Kita diberi akal untuk berfikir dan bertindak supaya tidak terperangkap dalam kesulitan.

Beliau gagal meminjam dari keluarga terdekat sebanyak RM9,100.00. Ahli keluarganya hanya mampu memberi pinjaman sekitar RM3.000.00 sahaja. Jadi beliau terpaksa menggunakan kad kredit, pinjaman dari ahli keluarga dan duit simpanannya untuk membayar kos perubatan yang bernilai RM22,100.00 kerana dia dan anak sulungnya telah kena Denggi Berdarah.

Moral of the story: “Jangan meremeh-remehkan sesuatu perkara yang bernilai seperti Medikal Kad AIA Public Takaful kerana kesannya sangat besar dan akan banyak membantu tuan-tuan dan puan-puan apabila anda sangat-sangat memerlukannya bila tiba masanya. Semua orang akan sakit dan akan mati, maka buatlah persediaan secepat dan sebaik mungkin sebelum datangnya hari yang merugikan”

Sesunggunhnya Nabi Muhammad S.A.W pernah berpesan supaya mengambil manfaat tentang 5 parkara yang baik sebelum datangnya 5 perkara yang merugikan:

1. Masa Muda sebelum datangnya Masa Tua 

2. Masa Sihat sebelum datangnya Masa Sakit

3. Masa Lapang sebelum datangnya Masa Sibuk

4. Masa Kaya sebelum datangnya Masa Miskin

5. Masa Hidup sebelum datangnya Mati

Pesanan Nabi Muhammad S.A.W kepada Ummatnya supaya ambil manfaat sebelum datang 5 perkara yang merugikan. 

Oleh itu, masa kita muda, sihat, berduit dan tidak sibuk, maka bertindaklah dengan bijak. Fikir jauh kehadapan... adakah perlu aku mengambil perlindungan perubatan seperti Medikal Kad atau aku sudah memiliki duit simpanan yang terlalu banyak maka tak perlulah Medikal Kad macam kes Encik Asrol kita diatas…

Tepuk dada tanyalah kebijaksanaan anda. Siapakah yang lebih bijak? Encik Asrol ke? yang telah menggunakan duit simpanannnya untuk membayar kos perubatan!!! Atau Encik Ismail dan Encik Shahrol yang mengambil Polisi Medikal Kad Takaful yang terbaik dipasaran…

Gunakan kesempatan masa muda, sihat, lapang, kaya dan hidup untuk beribadah kepada Allah sebaik mungkin.

# Perhatian: “Bermula hari dari April 10, 2015 sehingga April 20, 2015 sesiapa yang mengambil polisi Medikal Kad Family Plan akan mendapat FREE Gift sehingga RM240 setahun.”

# Sila hubungi saya untuk maklumat lanjut.Promosi ini hanya sah mengikut tarikh, syarat dan terma yang telah ditetapkan diatas.

Sekian Terima Kasih.

Best Regards,
Kamarul Ariffin
Life Planner 
AIA Public Takaful

Hp: 011 – 2625 2911 (Call/SMS/Whatsapp)
Atau Hp-2: 019 – 2772 899 (Call & SMS sahaja)



**Disclaimer**

Disclaimer.

Saya adalah Perancang Kewangan untuk Takaful. Segala pandangan di sini adalah pandangan peribadi saya semata-mata dan tiada kena mengena dengan mana-mana syarikat atau individu. Tujuan saya menulis blog ini adalah untuk berkongsi pengetahuan. Segala penulisan saya adalah hakcipta saya kecuali untuk nama yang dinyatakan. Tidak dibenarkan copy sebahagian atau keseluruhan kecuali atas kebenaran saya.

No comments:

Post a Comment