Wednesday 21 January 2015

Rahsia Kekayaan Orang Cina di Malaysia

Pernahkah Anda Terfikir?

Kehidupan adalah suatu perjalanan yang tidak dapat diduga? Ada kalanya berjalan lancar dan ada kalanya kita dilanda kesusahan dan perkara yang tidak diingini!!!

Kita biasa mendengar cerita kejayaan anak remaja membuat business internet dan berjaya menjadi jutawan di usia yang muda… sekitar 25 tahun… muda kan…

Tidak kurang hebatnya ada peniaga pasar malam menjual mee goreng pun boleh mendapat pendapatan RM7000.00 sebulan.. Setelah beberapa tahun ligat berniaga dipasar malam maka beliau membuka cawangan kedai mee goreng dan mengupah pekerja memasak dan menjaga cawangan baru kedai-kedai mee gorengnya.

Jutawan senyap Mee Goreng Pasar Malam.
Akhirnya apabila sudah beberapa tahun menjalankan business Mee Goreng dipasar malam… tiba masanya membuka kilang mee dan menjadi supplier mee pula. Apabila cukup tempohnya dengan izin Allah senyap-senyap peniaga tersebut menjadi Jutawan.

Begitulah cerita ahli-ahli perniagaan yang berdisiplin dan gigih berusaha dengan izin Allah mereka berjaya dengan cemerlang dan menjadi jutawan. 

Walau bagaimanapun ramai orang Melayu tidak menyedari bahawa ramai orang Cina dan India yang kaya sesetengahnya menjadi jutawan bukan dengan hanya berniaga dan bekerja semata-mata tetapi mereka berdisiplin menyimpan dengan cara yang sistematik dan bijaksana.

Senarai Top 10 Orang Kaya di Malaysia 2014.
Memang jika dikira mengikut statistik perangkaan Malaysia, majoriti orang Cina yang kaya dan menjadi jutawan adalah sebahagian besar dari mereka adalah ahli perniagaan. Perkara ini memang tidak dinafikan, mereka melatih diri mereka dan ahli keluarga mereka berniaga kerana mereka percaya dengan berniaga mereka akan bertambah kaya. 

Perkara ini memang terbukti dengan Hadis Nabi Muhammad S.A.W sendiri menyatakan 9 dari 10 sumber rezeki adalah dari sumber perniagaan. Nabi sendiri seorang ahli perniagaan yang berjaya semasa zaman muda baginda. 

Tapi disini saya ingin menekankan Bagaimana Kaedah kebanyakkan orang Cina yang kaya bukan hanya sekadar berniaga dan bekerja sahaja tetapi menggunakan teknik yang SANGAT hebat iaitu “menyimpan di tempat yang betul dengan sistemak dan berdisiplin”.

“Apakah Rahsia dan Teknik Simpanan
yang membolehkan ramai
orang Cina di Malaysia Kaya?”
Teknik RAHSIA “Saving” Orang Cina ini akan saya kupas dalam blog kali ini. Sebenarnya teknik ini boleh dilakukan oleh semua orang mengikut kemampuan masing-masing. Cuma orang Cina lebih bersungguh-sungguh dan lebih memahami teknik ini dan sanggup berkorban demi masa depan mereka dan anak-anak mereka serta generasi mereka yang akan datang.

Oleh sebab itulah sekarang boleh dikatakan ekonomi Malaysia sebahagian besar dikuasai bangsa Cina kerana mereka memahami teknik ini dan berusaha dengan bersungguh-sungguh dan sanggup berkorban apa sahaja berbanding dari bangsa lain di Malaysia.



Apakah “TEKNIK HEBAT” itu?

TeKNIK HEBAT itu adalah menyimpan di dalam Takaful??? Mesti korang berasa pelik kan! Ade ke Cina meyimpan dalam Takaful.

Sebenarnya macam nie… Semenjak zaman 70-an lagi orang Cina sudah menyimpan di dalam insuran hayat (Life insurance). Mereka meyimpan dengan tujuan untuk melindungi mereka sendiri jika berlaku sesuatu yang tidak diingini seperti kemalangan, mati atau lumpuh. 

Sekiranya mereka cedera serius akibat kemalangan dan meninggal dunia. Maka insuran hayat akan memberi pampasan kepada keluarganya.

Teknik Rahsia menyimpan yang hebat ialah dengan menyimpan dalam Insuran.
Ada orang Cina meyimpan sehingga Rm3000 sebulan di insuran hayat semata-mata untuk menjaga kepentingan ahli keluarga mereka. Sekiranya mereka ditimpa kecelakaan dan meninggal dunia. Maka ahli keluarga mereka akan mendapat pampasan sehingga RM 1 JUTA kerana menyimpan RM3000 sebulan di dalam insuran hayat.

Oleh kerana itu, apabila orang Cina meninggal dunia. Maka ahli keluarga mereka bertambah kaya. Dan dalam kes di atas jika ketua keluarga yang menyimpan RM3000 sebulan di insuran hayat meninggal, maka ahli keluarga meraka menjadi Jutawan.

Hebatkan teknik simpanan ini. Biar pun baru meyimpan baru sepuluh bulan di insuran hayat. Jumlahnya terkumpul baru = RM3000 x 10 bulan = RM30,000.00 sahaja. Tetapi sekiranya ketua keluarga yang membuat simpanan ini setiap bulan meninggal dunia.


Ahli keluarganya akan mendapat pampasan insuran hayat RM 1,000,000.00 (RM 1 Juta). Terus jadi jutawan kan family dia orang. Investment baru RM30 ribu setahun tapi hasil akibat mati adalah RM 1 Juta kerana ketua keluarga tinggal kan pampasan insuran hayat.

Ini sebagai salah satu contoh, perkara sebegini jarang berlaku tetapi bila berlaku biasanya orang Cina yang dapat kerana mereka merancang dan bertindak. Bolehkah kita merancang seperti mereka? Boleh dan Tidak Boleh!!!

Aikkk… Pelik bunyinya kan. Sebenarnya kita boleh mengikuti teknik menyimpan tersebut tetapi Kita tidak boleh menyimpan di Insuran Hayat Konventional sebab ia adalah HARAM disisi Agama Islam. Tetapi kita ada pilihan, sila teruskan membaca untuk ketahui RAHSIAnya.

Takaful adalah Simpanan beserta Perlindungan untuk orang Islam.

Walau bagaimanapun untuk menyimpan RM3000 sebulan ke dalam insuran hayat bukan perkara mudah. Ia memerlukan usaha dan pengorbanan yang tinggi dan azam yang kuat. Bukan mudah untuk dilaksanakan. Cuma mereka yang berjiwa besar dan berdisiplin tinggi sahaja yang mampu melaksanakan matlamat ini. 

Okay kembali kepada cerita asal saya apa kaitan orang Cina dengan simpanan Takaful? Mesti anda rasa pelik kan. 

Sebenarnya macam nie. Memang orang Cina sangat jarang akan menyimpan di dalam Takaful kecuali yang Cina Muslim. Maksud saya adalah kita tak boleh menyimpan di dalam Insuran Hayat (life-insurance) kerana adalah HARAM hukumnnya dalam Islam

Cuba rujuk jadual perbezaan Takaful (Insuran Islamik) dan insuran konvensional berikut. Sebenarnya istilah “Insuran Islamik” tidak berapa tepat. Istilah yang lebih sesuai adalah Takaful.

Apakah itu takaful?

TAKAFUL adalah satu jaminan yang berasal dari perkataan Arab 'Al-Kafala’ (Jamin) iaitu bermaksud 'Saling Jamin Menjamin'. Dari segi tafsiran syarak ia adalah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin menjamin dan bantu membantu antara satu sama lain ketika para peserta kumpulan tersebut ditimpa sesuatu musibah.

Takaful juga berasaskan prinsip-prinsip berkongsi tanggungjawab, bekerjasama dan saling membantu untuk menjana kepentingan bersama. Setiap peserta menyumbang berasaskan tabarru' (derma) kepada dana yang akan digunakan untuk membantu satu sama lain pada masa yang diperlukan.

 Perbandingan Takaful dengan Insuran

Jadual perbandingan Takaful dengan Conventional Insuran.
So sejak Zaman 70-an orang islam yang hendak membuat simpanan seperti orang Cina agak mustahil kerana melibatkan sumber yang HARAM sekiranya menyimpan di dalam insuran hayat dan harta yang bersih bila bercampur dengan insuran hayat keuntungannya tidak sah untuk digunakan oleh orang Islam.

Perbezaan Takaful dan Konvensional Insuran dari sudut Islam.
Tetapi sekarang zaman sudah berubah di Malaysia kita ada banyak insuran hayat yang berbentuk Islamik contohnya seperti Takaful. Sekarang banyak Takaful diwujudkan seperti AIA Public Takaful, Etiqa Takaful, Prudential Takaful, Takaful Ikhlas dan banyak lagi.

Jadi kita sekarang sebagai orang Islam mempunyai pilihan untuk bertindak menyimpan di Takaful dengan bijak sepeti juga orang Cina buat selama ini insuran hayat. Sebab itulah orang Cina makin lama makin banyak yang kaya.

Inilah salah satu faktor mengapa ramai Cina berjaya menjadi kaya raya. Bukan hanya sekadar berniaga semata-mata tetapi juga faktor strategi menyimpan duit ke tempat yang betul dan terbaik.

Saya bercakap nie bukan sokong orang Cina tetapi ada kebaikan dalam sifat meyimpan ditempat yang betul dan sekarang kita orang Islam ada pilihan iaitu menyimpan di Takaful yang patuh Syariah. Sifat menyimpan dan business orang Cina yang bagus patut kita contohi tetapi mestilah berlandaskan peraturan Islam.

Nabi juga pernah menyuruh Sahabatnya belajar sehingga ke negeri China kan? Belajar apa di negeri China? Takkan belajar Agama Islam kot? Mesti belajar ilmu lain sebab belajar Ilmu Islam hanya terbaik dari Nabi Muhammad S.A.W. Pasti tiada ilmu Islam yang terbaik di China semasa Baginda Nabi hidup.


Pernahkah Anda Terfikir Kenapa Nabi Menyuruh Sahabat Belajar di negeri China?Ilmu apa yang ada di sana?

 “Ini menunjukkan bahawa semenjak Zaman Rasulullah Negara China sudah maju sehingga Rasulullah pun merasai kelebihannya dan menuntut Sahabatnya belajar disana.”

Jadi sifat menyimpan dan menabung ditempat yang betul patut kita contohi agar Ekonomi Malaysia tidak selama-lamanya dikuasai oleh orang Cina. Keseimbangan penguasaan Ekonomi Malaysia perlu diusahakan oleh Masyarakat Melayu jika tidak Malaysia akan menjadi seperti Singapura yang majoriti diperintah oleh orang Cina. Oleh itu orang Melayu Islam perlu berhijrah kearah yang lebih baik.

Berdasarkan statistik di Malaysia didapati Masyarakat Melayu masih banyak yang tidak memiliki polisi perlindungan hayat dan perlindungan kesihatan (Medikal Kad). Memang duit dan harta bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya memerlukan duit dan harta.

Contoh nak bersedekah dan berzakat! Kita mesti ada duit dan harta untuk bersedekah, berzakat, membina masjid, membina pusat Tahfiz, membantu ahli Masyarakat yang miskin dan memerlukan bantuan. Memang kita dilarang untuk hidup menjadikan duit sebagai matlamat hidup dan menjadi tuan kepada kita. 

Allah lah tuan dan pemilik kita. Kita hendaklah membetulkan niat dan matlamat kita supaya duit dan harta kita ada tak kira sedikit atau banyak hendaklah digunakan di jalan diredhai Allah.

Only you can open your mind.
Sebenarnya business dan teknik simpanan yang saya maksudkan ini memerlukan pelan, strategi dan pengorbanan yang bersungguh-sungguh untuk menjadikan ia suatu kejayaan yang besar dan bermakna. 

Ia bukan suatu nasib atau kebetulan. Ia memerlukan usaha yang kuat dan jitu untuk memastikan mereka berjaya dan kaya.

Sebenarnya berapa jumlah wang kita mampu sediakan untuk disimpan di dalam Takaful adalah bergantung kepada kemampuan kita. 

Ada orang mampu menyimpan Rm150 sebulan, ada yang mampu Rm250 sebulan, ada yang sampai Rm750, ada yang menyimpan Rm1500 dan ada yang mampu sampai RM3000. Semuanya bergantung kepada kemampuan masing-masing. Tetapi perlu diingat supaya perlu menyimpan walaupun sedikit sahaja. Itu Cuma satu permulaan untuk kejayaan yang lebih besar.

Anggap proses menyimpan dengan nilai kecil ini suatu latihan dan proses untuk menyimpan dengan lebih besar. 

Sekiranya kita hanya mampu menyimpan Rm150 sebulan, teruskan menyimpan dan pelajari teknik-teknik dari yang Pakar bagaimana meningkatkan jumlah simpanan anda.

Salah satu cara untuk “Murah Rezeki” adalah dengan ber“SEDEKAH”. Ini adalah anjuran Orang Paling Pakar di dalam Dunia ini iaitu Nabi Muhammad S.A.W.

Sekiranya kita mampu menyimpan lebih sebulan di dalam Takaful, pampasan Takaful boleh mencecah RM 1 Juta mengikut kiraan usia awal 30an. Sekiranya berlaku kematian ke atas si pencarum maka pihak Takaful akan memberi pampasan tersebut kepada keluarga si pencarum.

Perlu diingat bahawa Duit Bernilai RM 1 Juta ini tidak bermakna sedikit pun sekiranya tidak digunakan ke jalan yang betul. Bersihkan duit tersebut dengan berzakat, bersedekah, menolong anak-anak Yatim, menolong fakir miskin. 

Oleh sebab itulah Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda yang bermaksud “Aku tinggal kan kamu 2 perkara, selagi kamu berpegang kepada kedua-duanya kamu akan tidak akan sesat malah berjaya dunia dan akhirat. Apakah 2 perkara itu? Itulah Al-Quran dan Sunnah Nabi S.A.W”.


Walau bagaimanapun, usaha Nabi S.A.W memperjuangkan untuk menegakkan Agama Islam bukan bernilai Jutaan ringgit. Bahkan lebih daripada itu. 

Wang yang banyak semata-mata tidak mampu mewujudkan Negara Islam Madinah yang Kuat dan Berdaulat. Oleh itu hanya dengan bantuan dan izin Allah sahaja Nabi mendapat kemenangan dan mewujudkan Negara Islam. 


"Oleh itu kita sebagai Ketua Keluarga tidak boleh mengabaikan tugas mendidik Isteri dan anak-anak kita supaya memahami Al- Quran dan Sunnah Nabi S.A.W." 

Sekiranya mereka memiliki dan menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai cara hidup. Maka duit sedikit atau banyak pun mereka akan berjaya di dunia dan juga diakhirat…

Allah juga telah berfirman di dalam Al-Quran kepada Suami terhadap Isteri dan Warisnya agar menyiapkan nafkah selama setahun dalam Surah Al-Baqarah:



Surah Al – Baqarah (2:240)

“Ayat ini menegaskan bahawa para Suami disamping berkewajipan memberikan nafkah kepada isteri dan anak-anaknya sesuai dengan starndard kelayakan, mereka juga dituntut untuk mempersiapkan dana “State of Emergency” yang cukup bagi para isteri untuk jangka waktu setahun lamanya”

*Selain itu Persiapan Jaminan Social Security untuk orang-orang yang tercinta dan terdekat dengan kita. Mereka adalah seluruh ahli WARIS kita.

Ameen…


Bagaimana mana? Berminat dengan Teknik Simpanan yang menjadi Salah Satu Rahsia Orang Cina mewarisi Kekayaan kepada Keluarga mereka?

Sila hubungi saya di 019 2772 899 atau Email syurgafirdausy@gmail.com atau whatsapp ke 011 2625 2911.



**Disclaimer**

Disclaimer.
Saya adalah Perancang Kewangan untuk Takaful. Segala pandangan di sini adalah pandangan peribadi saya semata-mata dan tiada kena mengena dengan mana-mana syarikat atau individu. Tujuan saya menulis blog ini adalah untuk berkongsi pengetahuan. Segala penulisan saya adalah hakcipta saya kecuali untuk nama yang dinyatakan. Tidak dibenarkan copy sebahagian atau keseluruhan kecuali atas kebenaran saya.

No comments:

Post a Comment